Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki bunuh, perkosa budak dihukum mati

11:01am 16/08/2016 Pak Roshan 1298 views Global
Nidal Eisa (kiri) dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Obaida Sedqi, 8. (kanan). - Foto Gulf News

Nidal Eisa (kiri) dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Obaida Sedqi, 8. (kanan). – Foto Gulf News

Dubai: Mahkamah di Dubai semalam, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki Jordan yang didapati bersalah merogol dan membunuh budak lelaki berusia lapan tahun, jenayah yang menggemparkan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan media negara itu, Nidal Eisa Abdullah, 49, menculik mangsa, Obaida Sedqi , dari rumah keluarganya pada 20 Mei lalu, sebelum merogol dan membunuhnya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh membayar denda 21,000 dirham (AS$5,700) kepada keluarga mangsa.

Abdullah mengaku merogol dan membunuh mangsa namun menafikan menculik budak lelaki itu. Dia yang yang digelar ‘Pembunuh Obaida’ mendakwa budak berkenaan dengan rela masuk ke dalam keretanya.

Menurut laporan Gulf News, Nidal memancing budak itu masuk ke dalam keretanya dengan menawarkan membelikannya skuter sebelum merogol dan mencekik mangsa.

Hukuman mati jarang dilaksanakan di UAE, biasanya ia ditukar menjadi penjara seumur hidup selepas rayuan namun, Julai lalu, seorang wanita yang didapati bersalah membunuh guru dari Amerika Syarikat menjalani hukuman mati oleh skuad penembak. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan