Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Bunuh Pelajar Islam Ada 13 Senjata Api

bunuh

RALEIGH, Carolina Utara – Pemeriksaan ke atas rumah suspek pembunuhan tiga pelajar Islam sebuah kolej tempatan menemui sekurang-kurangnya 13 senjata api bersama berkotak-kotak peluru.

Waran pemeriksaan yang difailkan di sebuah mahkamah di sini kelmarin menyenaraikan kesemua senjata api yang dirampas di rumah Craig Stephen Hicks, 46, yang kini berdepan tiga tuduhan membunuh dengan niat.

Antara yang disenaraikan termasuk empat pistol selain sepucuk pistol yang ada bersamanya ketika suspek me­nyerah diri sejam selepas kejadian, di samping dua senapang patah dan enam rifel serta sebuah senapang ala tentera AR-15 carbine.

Polis turut menemui beberapa magazin senapang dan berkotak-kotak peluru. Lapan kelongsong peluru yang telah digunakan ditemui di apartmen mangsa yang juga jirannya.

Deah Shaddy Barakat, 23, dan isteri, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21, serta adik Yusor, Razan Mohammad Abu-Salha, 19, ditemui mati pada 11 Februari lalu akibat ditembak suspek.

Hicks merupakan seorang penganggur yang sedang mengambil beberapa kelas di kolej komuniti berhampiran dan penyokong tegar hak memiliki senjata api. Suspek juga seorang ateis dan mengutuk semua bentuk agama di laman sosial Facebook.

Jiran tetangga suspek menggambarkannya sebagai seorang yang bengis khususnya dalam perbalahan tentang penggunaan petak letak kenderaan atau muzik terlalu bi­sing dan kadangkala membawa pistol di pinggangnya. – AP

Komen


Berita Berkaitan