Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki buat upacara pengebumian untuk ayam

Mabvuku (Zimbabwe): Seorang lelaki mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjalankan upacara pengebumian untuk ayam peliharaannya yang mati baru-baru ini.

Philemon Murefu, 38, terkenal sebagai pencinta haiwan dan sering dilihat berjalan dengan ayam peliharaannya di bahu dan anjing miliknya yang dipakaikan baju.

Dua minggu lalu, Murefu mengejutkan penduduk kampungnya apabila menjemput mereka dan keluarganya menghadiri upacara pengebumian seekor ayam peliharaannya.

Murefu memberitahu sebuah akhbar tempatan, walaupun penduduk kampung dan keluarganya sendiri kurang bersetuju dengan cadangan berkenaan tetapi dia tetap meneruskan upacara itu.

“Ketika masih kecil, ibu saya sangat menyayangi haiwan dan saya dibesarkan bersama-sama haiwan ini.

“Saya sangat sedih apabila haiwan yang saya pelihara mati, perasaan yang sama apabila kehilangan orang yang saya sayang,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung dan keluarganya melarang dia membuat upacara pengebumian serta berkabung atas kematian ayam itu.

“Saya menerima banyak penghinaan daripada orang yang rapat dengan saya terutama keluarga dan rakan yang menuduh saya melakukan sesuatu yang tabu tetapi mereka tidak faham perasaan saya.

“Saya dan beberapa rakan yang menyokong saya membuat upacara berkenaan serta mengebumikan ayam kesayangan di kawasan rumah.

“Kini saya merancang untuk meletakkan batu nesan di kubur ayam peliharaan saya itu,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan