Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki bina pejabat guna 8,500 botol

RONGJUN duduk dalam bangunan pejabatnya yang dibina menggunakan botol.
RONGJUN duduk dalam bangunan pejabatnya yang dibina menggunakan botol.

Chongqing (China): Seorang pemuda di bandar ini membina sebuah bangunan pejabat unik yang diperbuat daripada 8,500 botol bir.

Li Rongjun memulakan projek luar biasa berkenaan pada Januari lalu dan siap sepenuhnya pada Mei lalu.

Graduan jurusan seni bina dari Universiti Sains dan Teknologi Mongolia membina bangunan berkenaan di bekas tapak kilang batu marmar di Kampung Lanya di sini.

Sejak bangunan itu siap, ramai penduduk kampung yang datang untuk melihat keunikan bangunan dua tingkat yang dibina daripada botol berkenaan.

Setiap tingkat mempunyai ketinggian 2.8 meter dengan keluasan 29 meter persegi.

Rongjun berkata, bangunan yang dibina itu bakal dijadikan pejabatnya dan dia merancang untuk meluaskan lagi binaan itu.

“Saya membina bangunan ini kerana saya mahukan sebuah pejabat yang unik dan menarik,” katanya.

Seorang penduduk kampung, Li Yan berkata, dia selalu datang ke bangunan itu kerana tertarik dengan seni binanya yang unik.

“Bangunan ini sangat cantik pada waktu petang kerana ia bersinar apabila terkena pancaran cahaya matahari,” katanya.

Bapa Rongjun, Li berkata, anaknya mempunyai bakat yang luar biasa dan sangat teliti ketika membina bangunan berkenaan.

“Rongjun membina lantai bangunan ini beberapa kali selepas dia dapati lantai itu tidak berapa rata.

“Anak saya sangat tekun dan teliti serta sangat mementingkan kesempurnaan,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan