Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki bersenam atas lampu isyarat

11:28am 19/11/2015 Pak Roshan 163 views Global
SEORANG lelaki melakukan senaman taici di atas palang lampu isyarat di Suzhou, China.

SEORANG lelaki melakukan senaman taici di atas palang lampu isyarat di Suzhou, China.

Suzhou (China): Pengguna jalan raya di bandar ini terkejut selepas melihat seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat baru-baru ini.

Lelaki berusia 51 tahun itu dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar ini.

Tindakan lelaki itu menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksi itu.

Lelaki itu dilaporkan membuat aksi berbahaya berkenaan selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Pada mulanya anggota bomba memujuk lelaki itu turun, tetapi dia enggan.

Bagaimanapun, selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu akhirnya bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan