Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki berdepan hukuman gantung disyaki miliki dadah

Douglas (tiga dari kanan) tunjukkan dadah yang dirampas. - foto Kalawon Sawing
Douglas (tiga dari kanan) tunjukkan dadah yang dirampas. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Polis di sini menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki dadah seberat 50 gram dengan nilai dianggarkan berjumlah RM8,000, dalam satu serbuan di sebuah rumah No.37 Lorong 4 Taman Anika di sini.

Serbuah pada kura-kira 10.15 pagi itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau sejurus selepas mendapat maklumat orang awam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Douglas Taong berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang berada dalam rumah tersebut dan hasil pemeriksaan polis menemui satu paket plastik lutsinar sedarhana besar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam kain warna ungu kelabu di atas meja rumah berkenaan.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam satu kes berasingan, seramai tiga wanita adalah antara sembilan orang yang ditahan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dengan kes curi 20 telefon bimbit pelbagai jenis dan dua buah power bank di sebuah kedai telefon di sini pada 20 Febuari lalu.

Katanya, mereka yang berumur antara 17 hingga 32 tahun itu ditahan pada 6 Mac lalu kira-kira pukul 4.30 petang di belakang Second Cafe, Pekan Keningau oleh polis cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau dan dibantu oleh JSJ IPK Sabah telah menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Douglas berkata, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap lelaki berkenaan, polis berjaya menahan lapan lagi suspek dan merampas lima buah telefon bimbit yang disyaki dicuri di kedai tersebut. Dua daripada sembilan suspek yang ditahan positif dadah.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan denda dan denda serta dikenakan sebat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan