Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki Asing Ditemui Mati Di Kaki 5 Rumah Pangsa

lelaki mati

MELAKA – Seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh ditemui mati di kaki lima Rumah Pangsa Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, tengah malam tadi, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditemui kira-kira 12 tengah malam tadi dalam keadaan muka terlangkup di dalam longkang.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai pekerja pasar borong berdekatan dipercayai jatuh dari tingkat tiga rumah pangsa itu yang menempatkan unit rumahnya yang didiami bersama-sama beberapa rakan senegaranya.

Polis sedang menyiasat punca kematiannya, katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan