Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki amuk di balai polis ditahan

SUSPEK ditahan selepas mengamuk sehingga memecahkan alat penapis air di Balai Polis Manggatal. – Foto ihsan polis

 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk sehingga memecahkan alat penapis air di Balai Polis Manggatal, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.07 pagi itu, suspek berusia 30 tahun yang dipercayai dalam keadaan mabuk dikatakan mengamuk di rumahnya di Kampung Muhibah, Manggatal.

Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, ahli keluarga suspek menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata selepas menerima laporan itu, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang lelaki disyaki dalam keadaan mabuk bertindak agresif menyebabkan anggota polis membawa suspek ke Balai Polis Manggatal, untuk siasatan lanjut.

“Ketika di balai polis, suspek terus agresif sehingga memecahkan alat penapis air di dalam balai berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Majinji berkata, berikutan itu, polis menahan suspek terbabit mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis. – Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

Komen


Berita Berkaitan