Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LELAKI, 43 LEMAS DI AIR TERJUN MADAI

Mangsa berjaya ditemui lima meter dari lokasi ia dilaporkan hilang. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat Kunak

KUNAK: Seorang lelaki berumur 43 tahun dilaporkan hilang ketika sedang mandi di Air Terjun Madai di sini berjaya ditemui kira-kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abdul Rasah Kaluang berkata, mangsa yang dikenali sebagai Serajudden Jeni ditemui setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama lebih kurang 4 jam.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 11.05 pagi dan bergegas tujuh orang pegawai bomba dan tiga orang anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Tawau ke tempat kejadian.

Mangsa dibawa ke darat selepas ditemui oleh Pasukan PPDA. Gambar SNT/Ehsan Balai Bomba dan Penyelamat Kunak

Abdul Rasah yang juga Ketua Operasi berkenaan menyatakan, maklumat awal dari pihak polis, terdapat seorang mangsa dewasa dilaporkan hilang ketika sedang mandi air terjun di Madai.

“Pasukan Bomba membuat pemantauan di lokasi dengan membuat pencarian permukaan atas air (Water Surface).

“Mangsa yang meninggal di tempat kejadian berjaya dijumpai pada jam 3:32 petang oleh Pasukan PPDA seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindaan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 3.56 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan