Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lelaki 30-an rogol lima cucu jiran

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU – Niat murni seorang warga tua wanita mempelawa jiran lelaki tinggal bersama bagi menjaga lima cucunya membawa padah, apabila lelaki berusia 30 tahun itu bertindak merogol kesemua cucunya yang berusia enam hingga sembilan tahun.

Ekoran kejadian itu, nenek kepada lima cucu itu tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Tawau,  semalam dan suspek yang kini giat diburu polis dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2013 lagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, suspek telah merogol kesemua mangsa pada masa yang berlainan di rumah pengadu di Taman Kristal, Jalan Apas dan juga di pejabatnya.

“Nenek mangsa telah membuat laporan menyatakan bahawa lima orang cucunya telah dirogol lelaki yang dikenali itu di rumahnya selepas cucunya memberitahu kejadian yang berlaku,’’katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa pertama dan kedua berusia sembilan tahun telah dirogol pada Februari 2014 ketika sedang tidur di ruang rumah manakala mangsa kedua pula dirogol pada Julai 2014 di dalam bilik.

“Mangsa ketiga yang berusia lapan tahun pula diganggu suspek sekitar tahun lalu manakala mangsa keempat berusia lapan tahun pula memberitahu telah dirogol di bilik tidur sebanyak empat kali. Mangsa kelima yang berusia enam tahun dipujuk dan dibawa ke pejabat suspek dengan mendukungnya masuk ke dalam pejabat dan merogolnya,” ujarnya.

Justeru, beliau memberitahu polis meminta kerjasama saksi yang mengetahui kedudukan suspek agar menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan