Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Leher hampir putus ditetak ‘barong’

Mangsa maut selepas ditetak menggunakan parang. Foto Facebook

 

SEORANG lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan leher hampir putus akibat ditetak menggunakan parang ‘barong’ oleh kenalannya dalam kejadian di Simpang Taman Warisan 4, Jalan Tengah Nipah, di Lahad Datu, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu, mangsa Fazrin Ibrahim, 30, beralamat Kampung Tabanak, Jalan Silam, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pada kejadian itu, adik ipar mangsa iaitu Hardisyam Saparuddin, 11, cedera di beberapa jarinya akibat turut ditetak suspek terbabit dan kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu. 

Difahamkan, selepas kejadian, suspek dikatakan melarikan diri dari lokasi kejadian.

Adik ipar mangsa berada di sisi lelaki itu sambil menangis dalam keadaan berlumuran darah.

Orang ramai yang berada di lokasi turut bersimpati dan menenangkan kanak-kanak terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, seorang kanak-kanak yang cedera kini menjalani rawatan di wad kecemasan Hospital Lahad Datu.

“Hasil temubual kanak-kanak yang cedera mengatakan suspek dikenali sebagai ‘Kajan’ mempunyai hutang dengan abang iparnya.

“Ketika kejadian, suspek berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang lalu menyerang mangsa dari belakang menggunakan parang jenis ‘barong’.

“Akibat kejadian itu, leher mangsa hampir putus, manakala adik ipar mangsa turut cedera luka di jarinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Polis sedang giat mengesan suspek termasuk menggunakan unit anjing pengesan (K9).

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – myMetro Online / Junaidi Ladjana dan Ainul Durmahyanty

Komen


Berita Berkaitan