Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lee dinobat Tokoh Asia Tahun Ini

9:24am 07/12/2015 Pak Roshan 2 views Global
POTRET Lee

POTRET Lee

Singapura: Akhbar Straits Times semalam menamakan bekas perdana menteri republik ini Lee Kuan Yew sebagai ‘Tokoh Asia Tahun Ini’ kerana pengaruhnya dalam hal ehwal serantau dan global.

“Tak ramai penduduk Asia mencatatkan kejayaan seumpama itu. Pemergian Lee memberi kenangan terhadap peranan yang dimainkannya untuk permodenan Singapura,” menurut akhbar itu.

Lee yang meninggal dunia Mac lalu pada usia 91 tahun diberi pengebumian penuh kehormatan oleh rakyat negara itu yang kini menikmati standard kehidupan yang antara paling tinggi di Asia.

Dia diminta memberi pandangannya mengenai Asia selama puluhan tahun oleh pemimpin dunia.

Bagaimanapun, Lee yang menjadi perdana menteri dari 1959 hingga 1990 juga diselar di dalam dan di luar negara kerana mengehadkan kebebasan berpolitik, termasuk menekan media, memenjarakan penentang politiknya dan menyaman mereka.

Straits Times yang diasaskan 170 tahun lalu, melancarkan anugerah itu pada 2012.

Penerima pertama ialah Presiden Myanmar Thien Sein. Pada 2012, anugerah itu dikongsi bersama oleh Presiden Xi Jinping dari China dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

Perdana Menteri India Narendra Modi menerima anugerah itu tahun lalu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan