Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia 2016

6:32pm 10/04/2016 Pak Roshan 562 views Mutakhir,Sukan

chong-wei

PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memenangi Terbuka Malaysia 2016 apabila berjaya menumpaskan pemain China, Chen Long dalam straight game, 21-13, 21-8 dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan pemain nombor satu dunia itu dalam tempoh hanya 43 minit.

Bekas pemain nombor satu dunia itu bergelar pemain paling banyak memenangi Terbuka Malaysia apabila meraih 10 gelaran sebelum ini.

Selaku juara, Chong Wei membawa pulang wang tunai sebanyak AS$41,250 (RM161,287) manakala Chen Long AS$20,900 (RM81,719).

Hadiah kemenangan disampaikan oleh penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Rosmah Mansor. – MYNEWSHUB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan