Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebuhraya Pan Borneo Bukti Kesungguhan Kerajaan

3:44pm 13/03/2016 Pak Roshan 381 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional

Lebuhraya-Pan-Borneo-1

SERIAN – Lebuhraya Pan Borneo bernilai lebih RM16 bilion menjadi bukti kesungguhan kerajaan melaksanakan segala janjinya agar Sarawak dan Sabah maju seiring dengan hasrat Malaysia menuju era negara maju.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa yang perlu adalah kesinambungan dalam pentadbiran negeri supaya segala usaha kerajaan Pusat untuk
memajukan penduduk tempatan dapat diteruskan.

Beliau berkata lebuh raya itu bukan sahaja satu hadiah kepada Sarawak, tetapi juga satu testimoni kepada tekad kerajaan untuk melaksanakan segala janjinya dalam pilihan raya.

Berucap di majlis pelaksanaan permulaan kerja-kerja pembinaan Projek Pan Borneo Sarawak bagi Jajaran dari bulatan Serian ke persimpangan Pantu di sini hari ini, beliau berkata walaupun harga komoditi utama negara jatuh ketika ini, atas tekad untuk menunaikan janji kepada rakyat Sarawak, projek lebuh raya itu tetap diteruskan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325km merupakan tulang belakang kepada perhubungan di Borneo, bermula dari Telok Melano di Sarawak sehingga ke Tawau di Sabah, dengan pakej jajaran bulatan Serian–Simpang Pantu sepanjang 75km sebagai sebahagian daripada pakejnya.

Di bawah jajaran di Serian itu, ia membabitkan kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, termasuk pembinaan tiga persimpangan bertingkat di Serian dan Simunjan.

Najib berkata dari segi teori, bagi RM16 bilion dibelanjakan untuk pembangunan projek Lebuhraya Pan Borneo, kesan faedah pembangunan yang akan dinikmati rakyat Malaysia akan menjangkau lapan kali ganda daripada jumlah dibelanjakan itu.

“Inilah kesan projek ini dari segi ekonomi kepada rakyat Sarawak,… pembangunan ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada ekonomi rakyat, tetapi menjadi ‘game-changer’ (pencetus perubahan) kepada negara.

“Ia akan membawa transformasi hebat kepada Sarawak, menjadi satu-satunya projek besar yang tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana projek dalam negara sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke ibu negara selepas melakukan satu lagi tinjauan mesra di pekan Bau, petang ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan