Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebuhraya Pan Borneo Ambil Kira Kepentingan Hidupan Liar

11:10pm 04/02/2016 Pak Roshan 161 views Mutakhir,Nasional

Lebuhraya-Pan-Borneo-1-600x338

SEMATAN : Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan turut mengambil kira kepentingan hidupan liar di sesetengah kawasan yang terjejas seperti taman negara dan santuari hidupan liar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pendekatan itu bertujuan mengurangkan gangguan terhadap haiwan liar selain memelihara habitat semula jadi mereka.

“Bagi laluan ini, kita menempuh Santuari Hidupan Liar Samunsan, yang antara lain dihuni monyet proboscis, harimau dahan, burung enggang, lotong kelabu, ungka dan penyu.

“Bagi memenuhi keperluan monyet proboscis, kami membina jambatan sepanjang 270 meter berbanding kira-kira 100 meter bagi membolehkan mereka bergerak bebas sepanjang tebing sungai di bawah jambatan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas meninjau pembinaan Jalan Telok Melano-Sematan sepanjang 34 kilometer di sini membabitkan kos RM580 juta, yang merupakan bahagian pertama lebuh raya itu, di sini hari ini.

Turut dibina pos pengawal hidupan liar sepanjang laluan di santuari ini untuk menghalang pemburuan haram, katanya.

Fadillah berkata pembinaan jambatan dua lorong akan memberi kesan minimal kepada hutan bakau di kawasan itu selain dilengkapi dengan lampu tanpa silau bagi melindungi penyu.

Mengenai kerja pembinaan yang agak terlewat sedikit, beliau berkata keadaan itu tidak kritikal dan sebahagian besarnya disebabkan cuaca buruk.

Jalan Telok Melanao-Sematan merupakan pakej kerja pertama di bawah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 783.9km di Bandaraya Miri.

Ia dijangka siap pada awal Januari, 2019.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan