Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebuh Raya Pan Borneo Sebelah Sabah Dilancar Akhir Mac Atau Awal April – Fadillah

8:30pm 05/03/2016 Pak Roshan 1091 views Mutakhir,Nasional

Lebuhraya-Pan-Borneo-1

KUCHING : Pelancaran projek Lebuh Raya Pan Borneo sebelah Sabah, berharga kira-kira RM13 bilion, akan dilakukan menjelang akhir bulan ini atau selewat-lewatnya menjelang awal bulan depan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kementerian sekarang menunggu untuk kerajaan negeri Sabah dan kerajaan persekutuan serta rakan pelaksana projek (PDP) menandatangani perjanjian bagi pelaksanaannya.

“Kabinet persekutuan telah meluluskan draf perjanjian dan sekarang terpulang kepada ketiga-tiga pihak untuk menandatanganinya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Jawatankuasa Rukun Tetangga kawasan Taman Lee Sing di sini hari ini.

“Melalui perjanjian itu, PDP boleh melantik perunding bagi menjalankan semua kajian, memuktamadkan semua aspek teknikal dan memutuskan berapa banyak pakej yang diperlukan.

“Kami menjangka semua ini dilaksanakan dalam tempoh sembilan bulan,” kata beliau.

Fadillah berkata jawatankuasa teknikalnya telah mencadangkan supaya projek dibahagikan kepada 35 pakej berbanding hanya 12 untuk bahagian Sarawak lebuh raya itu.

“Laluan sebelah Sarawak berharga RM16 bilion juga ialah sepanjang 1,089 kilometer daripada jumlah sepanjang 2,239 kilometer Lebuh Raya Pan Borneo,” kata beliau.

Fadillah berkata kos siling bagi laluan Sabah dianggarkan RM13 bilion tidak termasuk bayaran pampasan bagi pengambilan tanah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan