Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih seribu orang bakal menyertai sukan GEMAPUTERA

8:37pm 30/01/2016 Leolerry Lajius 48 views Sukan,Tempatan
Pengiran Saifuddin (kanan) menerima replika cek sambil diperhatikan oleh Datuk Samsudin

Pengiran Saifuddin (kanan) menerima replika cek sambil diperhatikan oleh Datuk Samsudin

KOTA KINABALU: Lebih seribu orang ahli sukan termasuk pegawai-pegawai pasukan Perbadan-perbadanan ekonomi negeri (PKEN) seluruh Malaysia dijangka akan hadir dalam Kejohanan Sukan Gemaputera yang akan diadakan pada 23 hingga 26 Mac.

Kejohanan sukan ini yang bermula sejak tahun 1985 yang dianjurkan oleh Gabungan Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan Awam (GEMAPUTERA) yang mana ahli-ahlinya adalah PKEN seluruh negara.

Menurut Pengerusi Cement Industries (SABAH) Sdn. Bhd. Datuk Hj. Samsudin Yahya, penganjuran sukan antara PKEN seluruh negara ini dibuat dua tahun sekali dan merupakan platfrom untuk mengeratkan silaturahim.

“Saya difahamkan bahawa negeri Sabah melalui kumpulan Sedco pernah menganjurkan sukan ini pada tahun 2002 dan sekali lagi pada tahun ini Sabah melalui kumpulan Sedco telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini,”katanya ketika berucap sempena majlis makan malam GEMAPUTERA ke-14 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi sukan tersebut di Magellan Sutera Harbour Kota Kinabalu semalam.

Pada majlis tersebut Datuk Samsudin juga turut menyampaikan replika cek bernilai 230, 000 kepada Pengurus Besar Sedco Tuan Hj. Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir yang merupakan hasil dana yang terkumpul untuk sukan tersebut.

Majlis tersebut juga turut dihiburkan oleh penyanyi Esther Applunius dan D’Karnival Jazz Band serta Elizabeth Tan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan