Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih seribu murid dan pelajar cipta rekod lompat tali paling ramai

lompatali

PASIR GUDANG: Seramai 1,600 kumpulan murid dan pelajar menyertai program lompat tali di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru, di Pasir Gudang sekali gus mencipta nama dalam Malaysia Book Of Records (MBR) bagi kategori peserta acara lompat tali paling ramai.

Ia menerima penyertaan daripada pelajar MRSM seluruh negeri, Sekolah Seni Johor Bahru di Seri Alam dan beberapa sekolah sekitar kawasan berhampiran.

Hadir merasmikan acara berkenaan, Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A Rahman.

Hadir sama, pengetua MRSM Johor, Sharifah Zahara Tengku Embong dan Yang Dipertua MRSM, Datuk Yahya Jafar dan Pegawai Eksekutif MBR, Zulhairi Md Zin.


Amran berkata, program bertema lompat tali untuk jantung diadakan sempena Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014.


Beliau berkata, selepas perasmian KMJ di Dataran Bandaraya Johor Bahru, esok, rombongan berkenaan akan bersinggah di MRSM itu (destinasi kedua), pada jam 9.30 pagi.

Menurutnya, lebih menarik, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berangkat ke MRSM akan menyerahkan sijil MBR kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.

Komen


Berita Berkaitan