Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih sayang tingkap kereta

ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan tingkap kereta untuk menyelamat kanak-kanak berkenaan.
ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan tingkap kereta untuk menyelamat kanak-kanak berkenaan.

Beijing: Seorang wanita dikecam selepas menghalang anggota bomba memecahkan tingkap kereta mewahnya untuk menyelamat anaknya yang terperangkap di dalam kenderaan itu.

Stesen televisyen rasmi China CCTV melaporkan, kejadian yang berlaku di bandar raya Yiwu di wilayah Zhejiang kelmarin menarik puluhan ribu kecaman di media sosial terhadap wanita berkenaan.

Orang ramai dilapor berkumpul selepas melihat kanak-kanak berusia tiga tahun itu menangis meminta tolong dari dalam sebuah BMW, tetapi terkejut melihat ibunya yang selamba berdiri di luar kereta itu.

Dengan tangisan kanak-kanak itu semakin lemah dan dia dilihat mencakar tingkap kereta, seolah-olah mahu membukanya, anggota bomba cuba memecah tingkap kenderaan itu, tetapi dihalang ibu mangsa.

Seorang saksi berkata, wanita itu mahu menunggu seorang tukang kunci membuka pintu kereta itu kerana tidak mahu keretanya rosak. – Agens/HMetro

Komen


Berita Berkaitan