Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih RM500,000 Dadah Dirampas Di Batu Feringgi

syabu

SUNGAI PETANI– Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kedah merampas 3.065 kilogram Methamphetamine yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 di perairan Batu Feringgi, Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Pengarahnya Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata dadah tersebut dibawa dengan sebuah bot nelayan yang dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran.

Beliau berkata bagaimanapun tiga individu yang dipercayai warga asing di dalam bot itu sempat terjun ke laut dan tidak dapat dikesan.

“Pemeriksaan ke atas bot itu membawa kepada penemuan tiga bungkusan dadah jenis Methamphetamine seberat 3.065 kilogram dan dianggarkan bernilai RM582,350,” katanya kepada pemberita di Pejabat Kastam (Penguatkuasaan) Tanjung Dawai dekat sini hari ini.

Beliau berkata pemilik bot berkenaan sedang dikenal pasti.

Komen


Berita Berkaitan