Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEBIH RM35 JUTA UNTUK BANTUAN PELAJAR DI SABAH TAHUN INI

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN, 19 Jan  : Kerajaan Sabah memperuntukkan sejumlah RM35.65 juta bagi Program Bantuan Sosial kepada murid sekolah rendah di negeri ini, tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata bantuan yang diberikan di bawah program itu adalah Susu UHT, alat tulis dan pakaian seragam dan kasut sekolah.

Katanya, RM21 juta daripada peruntukan itu adalah daripada kementeriannya manakala baki dari Yayasan Sabah.

“Program tersebut telah dilaksanakan sejak 30 tahun lepas dan akan diteruskan sebagai tanggungjawab sosial kerajaan negeri kepada rakyat negeri ini dan sektor pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Tinusa dekat sini, hari ini.

Menurutnya daripada jumlah peruntukan itu, RM16.58 juta untuk pemberian susu UHT yang akan diterima oleh 209,743 murid, diikuti RM16.41 juta untuk pakaian seragam dan kasut sekolah (271,696 murid) dan RM2.66 juta untuk alat tulis (263, 605 murid).

Katanya, bantuan dibekalkan oleh Sabah International Dairies Sdn. Bhd (SID) untuk susu UHT, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (Kosan) untuk pakaian seragam dan kasut sekolah manakala alat tulis dibekalkan oleh CP Forms, sebuah syarikat swasta. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan