Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih RM 200j nilai penyata cukai tidak dilaporkan kepada kastam

4:05pm 19/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 47 views Tempatan
Subromaniam (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama Janathan (dua dari kiri, barisan hadapan) serta pegawai- pegawai kastam .

Subromaniam (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama Janathan (dua dari kiri, barisan hadapan) serta pegawai- pegawai kastam .

KOTA KINABALU- Sejumlah lebih RM 200 juta nilai penyata cukai yang tidak dilaporkan kepada Jabatan Kastam.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Perkastaman/ GST), Dato’ Subromaniam A/L Tholasy, sejumlah 2,621 kes pelbagai kesalahan dibawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah direkod sejak 1 April 2015 sehingga 30 Jun 2016 di seluruh Malaysia.

“Antara kesalahan yang paling banyak dilakukan syarikat atau para peniaga adalah tidak menghantar penyata cukai kepada Jabatan Kastam.

“Perkara ini kelihatan remeh, tetapi kita perlu ingat bahaya penyata cukai merupakan salah satu hasil pendapatan. Terdapat beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab mengenakan cukai GST kepada pengguna tetapi tidak menghantar penyata, ini menunjukkan bahawa peniaga yang terlibat itu telah mengambil wang rakyat, pengguna dan kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Dialog Timbalan Ketua Pengarah bersama wakil Persatuan-Persatuan Industri Restoran dan Peruncitan di Wisma Kastam, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kastam Negeri Sabah, Datuk Janathan Kandok

Selain itu, katanya, Jabatan Kastam telah memulakan operasi pengauditan di premis-premis yang berdaftar dibawah GST untuk memastikan semua syarikat mematuhi undang-undang yang termaktub dibawah Akta GST.

“Di Sabah sahaja, sebanyak 22,755 syarikat yang telah berdaftar dibawah GST.

“Lebih kurang seramai 1,000 orang pegawai Kastam baharu telah dilantik dan ditempatkan di bahagian pematuhan auditan GST. Mereka telah diberi pendedahan mengenai GST dan mereka juga turut memulakan tugas untuk melakukan proses pengauditan,”katanya.

Disamping itu, Subromaniam berkata, Jabatan Kastam turut menyediakan klinik GST di setiap pejabat Kastam di seluruh negeri.

Menurutnya, pegawai kastam sedia memberi khidmat bantuan kepada para peniaga yang menghadapi masalah berkaitan pencukaian melalui klinik GST itu.

“Para peniaga boleh merujuk mengenai perkara-perkara penting yang perlu dilakukan atau disediakan apabila pegawai GST melakukan proses pengauditan GST di premis-premis yang berdaftar dibawah GST itu,”katanya.

Tegasnya, pihak kastam akan mengenakan tindakan yang setimpalnya kepada syarikat atau perniaga yang tidak mematuhi peraturan di bawah Akta GST.

“Saya nak maklumkan bahawa pegawai kastam telah mula melakukan proses pengauditan dan sekiranya terdapat peniaga-peniaga terlibat dalam penipuan ini, mereka akan dibawa ke mahkamah,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan