Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih RM 12 juta dibelanjakan untuk pembayaran faedah 

SUMBANGAN... Azlaily menyerahkan kerusi roda kepada salah seorang penerima faedah Perkeso sempena Majlis Sambutan Krismas 2016, dekat sini, hari ini
SUMBANGAN… Azlaily menyerahkan kerusi roda kepada salah seorang penerima faedah Perkeso sempena Majlis Sambutan Krismas 2016, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU- Lebih RM 12 juta telah dibelanjakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sabah yang melibatkan 2,857 kes pelbagai jenis faedah yang diproses setakat bulan Oktober yang lalu.

Antara faedah yang telah diproses adalah Faedah Hilang Upaya Sementara,, Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan dan sebagainya.

Timbalan Ketua Eksekutif (Korporat) Perkeso, Datin Azlaily Abd Rahman berkata faedah tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban pekerja atau orang tanggungan selain menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

” Pelbagai penambahbaikan telah diusahakan oleh Perkeso demi memastikan Orang Berinsurans serta orang tanggungan mereka mendapat jaminan kewangan dan perlindungan tatkala ditimpa kemalangan dan kematian bukan sahaja diri pencarum malah tanggungan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Krismas Perkeso 2016, dekat sini, hari ini.

Menurut Azlaily, jumlah majikan aktif yang mencarum dengan Perkeso di negeri Sabah adalah sebanyak 45,962 majikan manakala bilangan pekerja aktif yang dilindungi Perkeso sehingga tahun 2016 adalah 388,967 pekerja.

Dalam masa sama, majlis turut menyaksikan penyerahan cek berjumlah RM 7,782.90 dan alat pemulihan kepada penerima faedah Perkeso serta pemberian saguhati berupa ‘wang angpau’ dan hamper kepada ibu- ibu tunggal dan anak- anak yatim yang merupakan orang tanggungan yang akan menyambut perayaan Krismas.

Katanya, pemberian saguhati tersebut merupakan Program Khidmat Masyarakat Perkeso dalam usaha mendekati waris dan tanggungan Orang Berinsurans.

” Objektif program ini adalah untuk meraikan orang berinsurans dan orang tanggungan pekerja sempena sambutan perayaan Krismas disamping dapat meningkatkan semagat perpaduan dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia di Sabah.

” Diharap pembayaran faedah dan sumbangan ini dapat memberikan makna yang besar khususnya dalam meraikan perayaan ini,” katanya.Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan