Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih ramai belia berpeluang sertai program usahawan tahun depan

SIJIL... Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan. - foto Kalawon Sawing / Sayang Sabah
SIJIL… Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan. – foto Kalawon Sawing / Sayang Sabah

KENINGAU: Lebih ramai belia di negeri ini akan berpeluang mengikuti pelbagai program keusahawanan yang diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan negeri pada tahun depan.
“Kementerian akan terus mengadakan pelbagai program untuk para belia dari seluruh negeri ini yang bertujuan membantu meningkatkan pendapatan belia,” katanya Timbalan Setiausaha Tetap kementerian itu, Haji Awang Damit Awang Anak.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis konvokesyen kursus seni kreatif Jahitan Sesi Dua 2014 di Dewan Arena Belia dan Sukan Bahagian Keningau di sini pada Selasa.
Selain itu, program tersebut juga mampu mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia.
Menurut beliau, untuk tahun ini, kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM2.1 juta dalam program tersebut.
“Melalui program tersebut kementerian telah melahirkan lebih 1,000 orang peserta di kalangan belia di seluruh negeri dalam pelbagai bidang kemahiran berkaitan,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Awang Damit berharap para peserta program itu bijak menggunakkan kemahiran yang dipelajari selain tidak menyalahgunakan kemahiran yang telah dipelajari selama ini.
Pada majlis itu, seramai 30 peserta seni kreatif jahitan sesi dua tahun 2014 dari sekitar daerah Keningau menerima sijil tamat kursus tersebut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan