Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih kurang 3,000 peserta sertai Istiadat Perbarisan

TUN Juhar memeriksa Kontinjen Perbarisan dengan kenderaan sambil diiringi oleh Panglima Angkatan Petugas 450 semasa Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Sabah 2016

TUN Juhar memeriksa Kontinjen Perbarisan dengan kenderaan sambil diiringi oleh Panglima Angkatan Petugas 450 semasa Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Sabah 2016.

KOTA KINABALU- Lebih kurang 3,000 peserta daripada 82 kontinjen mengambil bahagian dalam Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Harijadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka, disini, hari ini.

Beberapa kategori perbarisan telah dipertandingan, diantaranya, kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi dan tidak berpakaian seragam rasmi, kategori pertubuhan bukan kerajaan, kategori swasta, kategori institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni,Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Tussin Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali dan Isteri, Datin Hajah Nuraini Habib Kadir, Menteri Belia dan Sukan Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Jadi Rasmi ke-63 Yang Dipertua Negeri Sabah Tahun 2016, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan dan isteri, Datin Hajah Sharifah Rahmah Syed Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri Kabinet dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuklah persembahan khas Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Persembahan Koir Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).-Elezebeth Esther/SayangSabah

SERAH.... Tawfiq (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada wakil , Jabatan Tanah dan Ukur, johan kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam.

SERAH…. Tawfiq (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada wakil , Jabatan Tanah dan Ukur, johan kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan