Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih kurang 20 orang menerima sijil penghargaan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke- 209

12:23pm 26/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 111 views Berita Pilihan,Tempatan
Mohd. Azhar memeriksa barisan Kawalan Kehormat sempena Perhimpunan Hari Polis ke 209 Peringkat IPD Kota Kinabalu di Karamunsing, disini, hari ini.

Azhar memeriksa barisan Kawalan Kehormat sempena Perhimpunan Hari Polis ke 209 Peringkat IPD Kota Kinabalu di Karamunsing, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Seramai lebih kurang 20 orang termasuk Pegawai, Pegawai Rendah Polis (PRP), Pegawai Awam, Pasukan Sahabat dan orang awam menerima sijil penghargaan atas perkhidmatan dan kerjasama diberikan mereka kepada pihak polis.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, YDH. Supt. Mohd Azhar Hamin.

Azhar berkata terdapat tiga perkara penting termasuklah mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman media sosial melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan, memperkasakan penyampaian perkhidmatan ke arah kepolisan moden iaitu memantapkan keberkesanan tadbir usus yang baik dan memantapkan intergriti dan pematuhan standard warga PDRM.

Katanya, ketiga- tiga perkara utama tersebut adalah untuk mendokong agenda pasukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, aman dan sejahtera dengan visi dan misi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2016 ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan Ketua Polis Negara bersempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 209 peringkat Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu 2016 di Perkarangan IPD Kota Kinabalu di Karamunising, disini, pagi tadi. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan