Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,522

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih kurang 100 pemimpin masyarakat terima sumbangan Hari Raya

8:40am 26/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Tempatan
KENANGAN... Edward (tengah, barisan belakang) dan isteri, Mary bersama pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir semasa majlis tersebut.

KENANGAN… Edward (tengah, barisan belakang) dan isteri, Mary bersama pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir semasa majlis tersebut.

KEPAYAN- Lebih kurang 100 orang pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB) serta ketua kampung menerima sumbangan hari raya daripada Adun Tanjung Aru.

Sumbangan yang berupakan hamper serta duit raya itu disampaikan oleh Datuk Ir Edward Yong Oui Fah.

Beliau yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata program tersebut mampu mengeratkan hubungan silaturahim dengan pemimpin akar umbi.

” Melalui program ini, saya dapat berjumpa dengan pemimpin masyarakat seperti JKKK, JKDB dan ketua kampung.

“Selain itu, melalui penganjuran program seperti ini, ia dapat meningkatkan kerjasama antara JKKK, JKDB serta ketua kampung yang dilantik,”katanya semasa berucap sempena Majlis Berbuka Puasa Pemimpin-pemimpin masyarakat bersama ADUN dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N.17 Tanjung Aru, disini, semalam.

Hadir sama, Penaung Program Majlis Berbuka Puasa Pemimpin-pemimpin masyarakat bersama ADUN dan Unit Pembangunan Masyarakat Kawasan N.17 Tanjung Aru, Datin Mary Wong, dan Pengerusi Penganjur, Juana Abu.

Di samping itu, beliau menyeru kepada semua pemimpin masyarakat agar memberi sokongan serta kerjasama kepada program-program yang dianjurkan oleh kerajaan serta agensi yang lain.

” Semua JKKK dan ketua kampung perlu menjaga kawasan masing- masing serta menyokong program yang dilaksanakan samada kerajaan mahupun agensi-agensi lain,”katanya.

Sehubungan itu, Edward menyeru kepada para pemimpin masyarakat agar memberi cadangan mengenai projek atau program pembangunan kepada pejabat UPPM.

“Disebabkan jumlah peruntukkan yang terhad, pemimpin masyarakat yang mempunyai apa-apa cadangan projek boleh menghantar usul tersebut kepada pejabat UPPM dengan segera,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan