Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih banyak program turun padang – Musa

Sardon menyampaikan cenderamata kepada Musa (tiga dari kanan).

Beaufort : Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mahu lebih banyak program turun padang dijalankan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut beliau, program sedemikian akan memberi sentuhan khusus di samping meningkatkan pengetahuan rakyat mengenai bidang tugas pasukan keselamatan berkenaan.

“Rakyat perlu jelas dengan tugas pasukan keselamatan yang membolehkan mereka (rakyat) hidup dengan aman damai tanpa menghadapi masalah.

“Dengan konsep TUDM dan masyarakat berpisah tiada, sememangnya tugas menjaga keselamatan memerlukan jalinan kerjasama terutamanya dalam menyalurkan maklumat,” katanya ketika berucap merasmikan Program TUDM Bersama Masyarakat Daerah Beaufort – Patriot Sehati Sejiwa di Padang Kg Pintas Kubu, pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Parlimen yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun menyatakan penghargaan kepada TUDM serta jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

Tambahnya, program tersebut juga penting untuk menepis sebarang isu keselamatan yang diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab kerana masyarakat berpeluang berinteraksi secara terus dan mendapatkan informasi sahih daripada jabatan serta agensi berkaitan.

Hadir sama, Komander Pengkalan Tentera Udara Labuan, Brig. Jen. Datuk Sardon Hassan, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Norizan Mohd Tani dan Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Datuk Zulkapri serta para pemimpin tempatan./Penerangan-

Musa ketika menyampaikan ucapan perasmian Program TUDM Bersama Masyarakat Daerah Beaufort -Patriot Sehati Sejiwa.

Komen


Berita Berkaitan