Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih banyak mayat ditemui

9:33am 25/12/2015 Pak Roshan 509 views Global
MAYAT yang ditemui dibawa ke Pelabuhan Tobaku di Kolaka Utara, Sulawesi.

MAYAT yang ditemui dibawa ke Pelabuhan Tobaku di Kolaka Utara, Sulawesi.

Makassar: Lebih banyak mayat mangsa feri karam di Teluk Bone di sini ditemui, semalam.

Jurucakap polis Sulawesi Selatan dan Barat Francis Barung Mangera berkata, setakat ini, pasukan pencari dan penyelamat sudah menemui 63 mayat.

Mangsa adalah sebahagian daripada 118 penumpang dan anak kapal feri Marina Baru 2B yang karam Sabtu lalu ketika ribut dan laut bergelora.

Hanya 40 orang berjaya diselamatkan, kebanyakannya ditemui sehari selepas kejadian.

Mangsa terbaru yang diselamatkan ialah kapten feri terbabit yang ditemui tiga hari selepas kapal itu karam.

Menurut Francis, usaha mencari 15 lagi mangsa diteruskan semalam dengan bantuan beberapa kapal, termasuk dari tentera laut Indonesia.

Katanya, 28 mayat korban ditemui di perairan Luwu Timur kelmarin, tujuh di Teluk Bone dan 13 lagi di perairan Palopo.

Feri berkenaan berlepas dari Pelabuhan Tobaku menuju ke Pelabuhan Siwa pada Sabtu lalu apabila ia terperangkap dalam cuaca buruk.

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini menafikan feri itu karam, sebaliknya berkata ia hanyut.

Francis bagaimanapun tidak menyebut sama ada pasukan pencari dan penyelamat sudah menemui feri malang itu.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan