Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih Banyak Jasad Ditemui Andai Bangkai QZ8501 Dinaikkan

Pasukan penyelam BASARNAS memainkan peranan penting dalam misi mencari dan menaikkan bangkai pesawat QZ8501.
Pasukan penyelam BASARNAS memainkan peranan penting dalam misi mencari dan menaikkan bangkai pesawat QZ8501.

MENURUT pasukan Badan Mencari dan Menyelamat  Nasional (BASARNAS), lebih banyak jasad penumpang pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 akan ditemui sekiranya bangkai kapal terbang dinaikkan ke daratan.

Misi terkini pasukan tersebut tertumpu kepada penemuan lima objek besar berukuran 18 meter panjang dan 5.4 meter lebar dan mereka percaya, ia merupakan fiuslaj (badan) pesawat.

Memetik kenyataan Pengarah BASARNAS, Suryadi B Supriyadi, pasukan penyelam masih meneruskan percubaan mendekati objek besar tersebut, namun keadaan laut bergelora menyukarkan usaha.

A rescue member stands on the deck of SAR ship KN Purworejo during a search operation for passengers onboard AirAsia flight QZ8501, in Java Sea

“Sekurang-kurangnya lima kapal dilengkapi peralatan yang boleh mengesan kotak hitam pesawat dikerah ke kawasan perairan berkenaan.

“Sekiranya ia tidak boleh dilakukan oleh penyelam, kami akan menggunakan peralatan canggih dengan kemampuan mengesan objek di dasar sebelum kerja mengangkat dilakukan,”katanya kepada pemberita.

Tambah Suryadi, pasukannya percaya ramai mangsa terperangkap di dalam ruang badan pesawat, menjadikannya misi terpenting operasi tersebut setakat ini.

“Bagaimanapun, hari ini, misi mencari masih berjalan dan sekali lagi ia bergantung kepada keadaan cuaca. Penyelam cuba sampai ke lokasi bangkai semalam, namun ombak besar menghalang misi berkenaan termasuk jarak penglihatan yang terhad.”

Secara rasminya, sehingga semalam jumlah jenazah penumpang QZ8501 yang berjaya diangkat naik dari Selat Karimata berjumlah 34 orang. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan