Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Lebih baik saya fokus pembangunan Sabah daripada melayan kenyataan Jeffrey’- Shafie

PUTATAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, enggan mengulas berhubung kenyataan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, bahawa Sabah bakal berhadapan dengan kebanjiran pendatang yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 yang akan diberikan Mykad oleh kerajaan Warisan.

Menurut Shafie, beliau lebih memilih untuk membantu rakyat Sabah dan memberi tumpuan kepada pembangunan negeri ini daripada melayan kenyataan Jeffrey itu.

Terdahulu dalam satu kenyataan kepada media, Jeffrey mendakwa bahawa kemenangan Parti Warisan Sabah (Warisan) merupakan berita baik buat pendatang haram di Sabah dan bakal diberikan dokumen sah oleh kerajaan Warisan.

“Saya tidak akan memberikan komen berhubung kenyataan itu, kerana saya lebih mengutamakan negeri ini, membantu golongan yang memerlukan, dan membangunkan negeri ini berbanding memberikan komen berhubung kenyataan tidak masuk akal itu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pelancaran Majlis Rukyah Hilal rasmi bagi Negeri Sabah, di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, majlis seumpama itu merupakan platform penting yang boleh dijadikan sebagai jambatan penyatuan umat islam.

Beliau juga berharap agar menjelang bulan ramadhan ini, keharmonian dan persefahaman di negara ini akan terus terpelihara. /SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan