Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 90 saman dikeluarkan semasa sambutan Tahun Baru

Anggota polis trafik mencatat maklumat salah seorang pengguna jalanraya.
Anggota polis trafik mencatat maklumat salah seorang pengguna jalanraya.

KOTA KINABALU: Op Cegah Jenayah sempena sambutan Tahun Baru 2015 menyaksikan seramai 260 anggota dan 12 pegawai polis ditugaskan untuk mengawal kesesakan lalulintas dan menjaga ketenteraman awam di sekitar bandaraya ini, semalam.

Selain itu, operasi yang bermula 6.30 petang Rabu hingga 6.00 pagi Khamis itu juga dijalankan bagi memantau dan menangani kegiatan haram lain termasuk jenayah kekerasan.

“Operasi tersebut dibahagi kepada beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baru termasuk di kawasan perumahan,” menurut polis di sini hari ini.

Antara yang lokasi yang dijadikan tumpuan orang ramai ialah pantai Tanjung Aru, Tanjung Lipat serta Jalan Lintas Luyang.

Dalam pada itu, sebanyak 96 keping saman dikeluarkan terhadap pengguna atas pelbagai kesalahan lalulintas dalam satu sekatan jalanraya di Jalan Coastal di sini awal pagi Khamis.

Op Samseng Jalan dan Mabuk yang diadakan selama hampir dua jam itu juga menyita sebuah kereta dan empat buah motorsikal kerana kesalahan mengubahsuai kenderaan tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Katanya, operasi yang disertai 32 anggota dan 5 pegawai polis turut menahan sembilan orang pemandu kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Operasi ini dijalankan bertujuan untuk mengesan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan aktiviti mat rempit di kalangan remaja,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan