Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 820,000 Rakyat Malaysia Dihalang Ke Luar Negara

2:19pm 14/03/2016 Pak Roshan 635 views Mutakhir,Nasional
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Lebih 820,000 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara selepas disenaraihitam atas pelbagai kesalahan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, sejak 2011 Jabatan Imigresen telah menyenaraikan 827,921 rakyat Malaysia dalam senarai hitam jabatan itu, di mana mereka dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika mereka diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Mereka yang muflis membentuk sebahagian besar daripada mereka yang disenaraihitam dengan 200,727 orang, manakala 118,892 orang yang gagal membayar pinjaman pendidikan juga telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, katanya.

“520 orang disenaraihitam bagi kesalahan keselamatan dan 507,782 untuk kesalahan lain.

“Mereka yang disenaraihitam dilarang ke luar negara kecuali mereka mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan kesalahan-kesalahan mereka,” kata Dr Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri). – mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan