Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 8 ratus ribu gelas kopi panas diedarkan sempena Kempen PETRONAS Coffee Break

6:42pm 29/01/2016 Leolerry Lajius 84 views Tempatan
Lu Jia Lih bersama Julita memberikan Coffee segar kepada seorang anggota polis yang singgah di stesem minyak tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

Lu Jia Lih bersama Julita memberikan Coffee segar kepada seorang anggota polis yang singgah di stesen minyak tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin.

KOTA KINABALU:  PETRONAS  akan mengedarkan 880,000 gelas kopi panas segar sempena Kempen  PETRONAS Coffee Break yang diadakan di 16 buah stesen minyak di seluruh Sabah yang akan diadakan pada 6 dan 7 Februari serta 13 dan 14 februari.

Menurut Ketua LPG, Dagangan Antarabangsa dan Komersial Petronas Dagangan Berhad Lu Jia Lih, kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pengguna terumatanya pemandu kereta mengenai kepentingan keselamatan  di jalan raya.

“Kempen ini dilaksanakan untuk kali ke-17 pada tahun ini, dan pihak kami berharap melalui pelaksanaan kempen ini mesej tentang kepentingan keselamatan di jalan raya dan mendapatkan rehat yang cukup sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka,”katanya ketika berucap ketika majlis pelancaran kempen tersebut di stesen minyak jalan Lintas, Kepayan petang tadi.

Tambah beliau, kempen pada tahun ini telah diberikan sentuhan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu menambah jumlah daripada 40 buah stesen kepada 142 stesen di seluruh negara pada tahun ini dan coffee yang diberikan juga adalah segar.

“Tahun sebelumnya kami memberikan coffee dalam tin tetapi pada tahun ini coffee yang diberikan adalah segar dan diminum terus oleh pemandu yang singgah di stesen minyak sepanjang lebuh raya dan jalan utama,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pejabat Wilayah Sabah Petronas Puan Julita Ontol.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Lu Jia Lih bersama staff Petronas menunjukkan gelas coffee segar yang akan diberikan kepada pengguna jalan raya yang singgah di stesen minyak tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Lu Jia Lih bersama staff Petronas menunjukkan gelas coffee segar yang akan diberikan kepada pengguna jalan raya yang singgah di stesen minyak tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan