Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 700 orang sertai larian Papar Half Marathon Gambus 2017

1:04pm 24/04/2017 Elezebeth Esther Onjining 60 views Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan

Rahim ​bersama​ para​ ​p​eserta Larian Papar Half​​Marathon Gambus 2017.

PAPAR : Seramai 700 orang menyertai Program Papar Half Marathon Gambus 2017 yang julung kali diadakan, dekat sini, baru- baru ini.

Program tersebut dikendalikan oleh usaha sama Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) mengetengahkan moto ‘Gambus sebagai usaha memupuk ke arah perpaduan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Pantai Manis, Datuk Seri Panglima Abdul Rahim Ismail berkata perpaduan kaum tidak asing bagi rakyat di negeri ini dan beliau mengalu-alukan moto dari persatuan tersebut.

“Kita lihat saja program awal pagi ini disertai oleh semua kaum dan kita mengalakkan semua badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan turut menganjurkan program sedemikian yang mengutamakan perpaduan kaum.

“Kita sama-sama menyokong supaya Sabah ini muncul sebagai negeri yang maju dengan masyarakatnya bersatu padu tidak kira apa jua latar belakang kerana ini sebab utama yang membuat kita kuat jika kita bersatu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program berkenaan di Perkarangan L​etak Kereta ​1Grocer Papar, ​​pada pagi Ahad.

Pada program itu,​ terdapat ​empat kategori ​penyertaan ​iaitu ​kategori ​lelaki dan perempuan terbuka selain lelaki dan wanita veteren bagi jarak 21 kilometer (km) dan 10km​.

Dalam ​a​cara larian 21km, Sapirin Sumping dan​ Elviana Jimin merupakan peserta ​bagi ​kategori ​l​elaki dan wanita terbuka manakala Yusof Ungkon serta​ Chong Vun Loong ​pula ​​bagi ​peserta kategori ​l​elaki dan ​w​anita ​v​eteren, masing-masing ​mereka merangkul kedudukan pertama.

Semua peserta​10 kedudukan pertama,masing-masing men​erima piala, wang tunai, medal, baju ​dan sijil.

Sementara itu, ​johan bagi 21km Perempuan Terbuka, Elviana Jimin, 25 yang berasal dari​ Ranau ​turut ​mengulas pengalaman beliau melalui trek larian agak mencabar.

​”​Pertama kali saya ​meng​ikuti larian ini dan​ tidak menjangka melalui laluan berbukit. Walaupun​ ​a​gak mencabar melaluinya ​tetapi​bukit tersebut agak ‘comel’ ​untuk ​di lalui​,”ujar beliau.

​Bagi pe​serta ​21km Lelaki Veteren, Sapirin Sumping, 32, ​yang juga dari ​Ranau turut tidak menyangka lariannya di Papar mencabar kerana ​pada mulanya beliau ​menganggap kaw​a​san tersebut mungkin tanah rata sahaja.

​”​Tetapi selepas 12 km larian, saya dan rakan-rakan mengharungi laluan berbukit selepasnya. Memang trek tersebut ​agak mencabar tetapi akhirnya​ saya berjaya ​mengh​arunginya​,”​katanya​.

Ditanya mengenai persiapan, bagi Genli Abin, 25, Kota Marudu peserta lelaki terbuka 10

km, menjelaskan ​beliau sudah mula bersedia sejak sebulan sebelum acara ini berlangsung dengan ​ber​joging dua kali setiap hujung minggu.

​Katanya, beliau bersama rakan-rakan sememangnya bersedia dan sentiasa terus mengikuti acara seperti ini kelak.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Pembangunan, Agku Mohd Reimy Pg. Abd Rahman; Presiden Event4U, Agku Mohd Norizam Ampuan Ag. Damit; Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Sulaiman Ahmad, ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta tetamu jemputan.-Penerangan/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan