Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 70 orang wakil industri pembinaan profesional menyertai ‘Waste Management and Green Roof’ 2016

KOTA KINABALU-Lebih 70 orang wakil industri pembinaan profesional iaitu golongan arkitek, jurutera, pemaju,pembekal dan individu yang menyokong pembangunan hijau menyertai seminar ‘Waste Management and Green Roof’ 2016 pada hari ini.

Seminar ini dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai di Melati Ballroom, Hotel Promenade disini.

Dalam ucapan perasmiannya, Yeo berbesar hati kerana terdapat golongan profesional yang turut mengambil berat tentang kebersihan dan hal berkaitan menjaga alam sekitar.

“Justeru, saya berbesar hati mendapati golongan pembinaan professional yang diterajui MGBC, berkongsi kebimbangan yang sama dan penganjuran seminar yang bertepatan ini. Ini bukanlah masalah pihak DBKK sahaja tetapi juga melibatkan semua yang ada di bandaraya ini.”

WP_20160514_001
Mok (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Yeo (kiri).

Tambahnya, pengurusan sisa bukanlah hanya mengenai pelupusan sampah, tetapi juga perubahan cara pemikiran daripada liner kepada kitaran.

Seminar ini dianjurkan oleh Malaysian Green Building Confederation (MGBC) yang diketuai oleh Pengerusi MGBC Sabah, Ar. Mok Juang Yu, untuk memberi kesedaran dan penerangan tentang cara untuk menguruskan sisa industri dan seterusnya mengalakkan pembinaan bumbung atau bangunan hijau di negeri ini.

Hadir sama, ahli jawatan kuasa  MGBC Sabah, wakil daripada badan professional; Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institution of Engineers Malaysia (IEM), Assiciation of Consulting Engineering Malaysia (ACEM), Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) and Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA).-Syafathin M.Y./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan