Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 600 Anggota Bomba Diperlukan Hadapi Kemungkinan Banjir Di Sabah

9:16pm 06/12/2015 Pak Roshan 123 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

Bomba-Bantuan

KOTA BELUD : Lebih 600 anggota bomba dan penyelamat di seluruh Sabah diperlukan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di negeri ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pembekuan cuti semasa musim banjir antara langkah yang diambil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam persiapan menghadapi bencana itu.

“Saya berpuas hati dengan strategi dan perancangan yang dibuat oleh JBPM Sabah bagi menghadapi bencana banjir.

“Walaupun ia membabitkan pembekuan cuti anggota bomba dan penyelamat, namun tenaga mereka amat diperlukan dan dihargai semasa bencana itu melanda di kawasan yang kerap dilanda banjir seperti di Kota Belud ini,” katanya.

Berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan jentera penyelamat kepada JBPM Negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud, turut menyokong kerjasama yang terjalin antara JBPM dengan jabatan dan agensi berkaitan ketika kejadian banjir seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Pada majlis itu, JBPM Sabah menerima keperluan logistik banjir membabitkan lapan lori utiliti, manakala Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud menerima tiga bot penyelamat, sebuah lori tangki air berkapasiti 20,000 liter dan sebuah jentera perubatan kecemasan (EMRS). – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan