Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 5,000 peserta sertai KK Night Run 2

3:11pm 13/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 78 views Kota Kinabalu,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
Bahrin (empat dari kanan) bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor (tiga dari kanan) dan ribuan peserta larian menyertai senamrobik sebelum larian itu dimulakan.

Bahrin (empat dari kanan) bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor (tiga dari kanan) dan ribuan peserta larian menyertai senamrobik sebelum larian itu dimulakan.

KOTA KINABALU- Lebih 5000 orang masyarakat berbagai kaum telah menyertai KK Night Run 2 (Larian Malam KK ke-2)  sempena Hari Sukan Negara 2016 yang diadakan di Taman Awam Teluk Likas, disini, Sabtu lalu

Larian itu dilepaskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim yang juga Presiden Sabah Recreation Community Club Kota Kinabalu (Kelab Sukan & Rekreasi Parlimen Kota Kinabalu).

Menurut Bahrin, seramai 5,280 peserta terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan peringkat umur telah menyertai larian itu yang menawarkan hadiah berupa medal untuk 1000 peserta terawal tiba di garisan penamat selain sijil dan bib penyertaan.

“Larian Malam ini diadakan sempena Hari Sukan Negara 2016 yang bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan dan beriadah selain membantu mengeratkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat”, jelasnya.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan