Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 500 peserta dijangka sertai larian 1Malaysia

1:32pm 11/08/2016 Leolerry Lajius 166 views Tempatan

Kota Kinabalu : Seramai lebih 500 peserta daripada seluruh Malaysia dijangka akan memeriahkan Larian 1Malaysia;Pantai Sabandar Tuaran 2016 yang akan berlangsung 25 September depan.
Program yang akan diadakan bertempat di Sabandar Leisure Riders Kampung Sabandar Tuaran itu membabitkan larian sejauh 10 kilometer.
Pengerusi Skuad 1 Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tuaran Muhamad Zaineh @ Zieco Jali berkata, larian yang diadakan itu adalah bersempena dengan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.
“Antara objektif penganjuran larian ini adalah bagi menghayati pembentukan Malaysia dan menerapkan nilai-nilai kecintaan kepada negara tercinta.
“Selain itu, program ini juga ingin membentuk perpaduan rakyat setempat melalui aktiviti bersukan serta memperkenalkan kawasan pertandingan sebagai sebuah pusat kunjungi awam,”katanya ketika dihubungi disini, semalam.
Zieco berkata, larian itu terbuka kepada empat kategori iaitu Lelaki Terbuka; Wanita Terbuka; Lelaki Veteran (40 tahun ke atas) dan Wanita Veteran (40 tahun ke atas).
“Laluan sejauh 10 kilometer itu membabitkan laluan berturap; jalan hutan, tepi sungai dan pantai.
“Yuran penyertaan bagi semua kategori adalah sebanyak RM40 dan tarikh tutup adalah pada 2 September depan,”katanya.
Katanya, bagi mereka yang ingin menyertai boleh menghubungi 0142849951 (umran); 0138570731 (sari mawar); 0109315436 (masniah) dan 01112050045 (kasmir).
Terdahulu, program ini anjuran bersama Skuad 1 Malaysia AADK Tuaran dan Biro Sukan dan Kebudayaan Pergerakan Wanita UMNO Tuaran./SayangSabah

Muhamad Zaineh @ Zieco Jali

Muhamad Zaineh @ Zieco Jali

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan