Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 500 Anggota Kerja SESB Bertugas Sepanjang Perayaan Pesta Kaamatan

pic-57
KOTA KINABALU
: Lebih 500 anggota kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan bertugas 24 jam sehari bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan elektrik sepanjang perayaan Pesta Kaamatan yang berakhir hujung minggu ini.


Kenyataan SESB menyebut jumlah itu membabitkan 400 anggota kerja SESB di Bahagian Pembahagian manakala bakinya di Bahagian Penjanaan dan Bahagian Penghantaran selain 42 dari Bahagian Sistem Operasi seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengguna dinasihat segera menghubungi talian 15454 atau 088-515000 untuk melaporkan sebarang aduan gangguan bekalan elektrik.

Menurut kenyataan itu, semua aduan rasmi akan diambil tindakan dengan kadar segera.

Pihak pengurusan dan anggota kerja SESB mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan’ kepada semua pengguna di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Komen


Berita Berkaitan