Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 500 Anggota Kerja SESB Bertugas Sempena Hari Kebangsaan

6:44pm 30/08/2016 Pak Roshan 17 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

sesb

KOTA KINABALU : Lebih 500 anggota kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di seluruh negeri ini dan Labuan akan bertugas 24 jam sehari secara bergilir-gilir bagi memastikan penyaluran bekalan elektrik secara berterusan kepada pengguna sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Muhamad Nazri Pazil berkata jumlah itu melibatkan anggota kerja di Bahagian Pembahagian, Bahagian Penjanaan, Bahagian Penghantaran dan Bahagian Sistem Operasi di seluruh Sabah dan Labuan.

“Pemantauan dan persediaan awal ini diambil bagi memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan sekiranya berlaku sebarang gangguan elektrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata SESB juga yakin beberapa inisiatif yang telah diambil sebelum ini seperti pelancaran ‘Ops Secure’ iaitu membuat pemantauan secara berterusan di beberapa kawasan di sekitar Kota Kinabalu juga dapat memberikan impak positif terhadap sistem bekalan elektrik di seluruh Sabah dan Labuan.

Sejak beberapa hari sebelum ini, terdapat beberapa kawasan di seluruh Sabah dan Labuan mengalami gangguan penyaluran elektrik akibat pelbagai masalah termasuk set janakuasa terpelantik.

Muhamad Nazri berkata pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi talian Careline SESB di 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik agar tindakan pemulihan bekalan dapat diambil dengan kadar segera.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan