Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 490,000 murid terima bantuan persekolahan

KOTA KINABALU: Seramai 495,000 murid dari 1,920 buah sekolah di seluruh negeri ini hari ini menerima Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia daripada kerajaan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.3 juta.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip berkata, daripada jumlah itu setiap orang murid masing-masing akan menerima bantuan sebanyak RM100.

“Bantuan itu menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan prihatin dalam usaha membantu meringankan beban yang dipikul oleh ibubapa dan penjaga murid sekolah setiap kali menjelang sesi persekolahan,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian bantuan khas tersebut di Dewan SK Malawa, Sepanggar dekat sini hari ini.

Majlis bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Sehubungan itu, Jame berharap ibubapa dapat menggunakan sebaik mungkin bantuan berkenaan terutama membeli keperluan peralatan persekolahan anak masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap sekolah yang didapati mengurangkan jumlah duit bantuan tersebut kepada ibubapa murid penerima.

“Saya tidak mahu timbul masalah seperti ada sekolah yang cuba memotong jumlah bantuan daripada RM100 kepada RM70… ini saya tidak akan benarkan,” katanya sambil menambah bahawa surat tunjuk sebab akan diberikan kepada guru besar dan pengetua sekolah terbabit yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.

Sementara itu, Jame berkata prestasi pendidikan di negeri ini telah melonjak naik khususnya berkaitan keputusan peperiksaan UPSR.

“Prestasi keputusan UPSR pada tahun lepas terus menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara,” katanya lagi. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid bersama-sama Pengarah Pendidikan Datuk Jame Alip menyampaikan bantuan khad persekolahan kepada salah seorang penerima. - foto sayangsabah
BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN… Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Jainab Ahmad Ayid bersama-sama Pengarah Pendidikan Datuk Jame Alip menyampaikan bantuan khad persekolahan kepada salah seorang penerima. – foto sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan