Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lebih 400,000 korban perang Syria

9:32am 12/02/2016 Pak Roshan 84 views Global
Seorang lelaki berlari membawa kanak-kanak yang cedera selepas serangan udara oleh tentera kerajaan Syria. - Foto Fail (Agensi)

Seorang lelaki berlari membawa kanak-kanak yang cedera selepas serangan udara oleh tentera kerajaan Syria. – Foto Fail (Agensi)

London: Lima tahun perang saudara di Syria mengorbankan 400,000 penduduknya dan 70,000 lagi mati akibat sebab lain, termasuk kekurangan makanan dan ketiadaan keperluan asas seperti air bersih dan kemudahan perubatan.

Menurut laporan akhbar Guardian, berdasarkan Pusat Kajian Dasar Syria, jumlah itu ialah 11 peratus daripada jumlah penduduk Syria.

Pihak yang disokong Amerika Syarikat cuba menghapuskan militan Negara Islam di Syria dan mahu menggulingkan Presiden Bashar al-Assad kononnya bagi menstabilkan Syria.

Bagaimanapun Russia serta Iran mahukan Bashar terus berkuasa dan tidak bersetuju dengan penentang Bashar yang disokong Barat serta negara Arab, terutama Arab Saudi.

Kira-kira 400,000 terbunuh akibat peperangan manakala 70,000 lagi mati kerana tidak mendapat rawatan sempurna, ketiadaan ubat, air bersih, makanan dan rumah.

Menurut pusat kajian itu, 1.9 juta orang cedera dan jangka hayat rakyat Syria menurun daripada 70 tahun pada 2010 kepada 55.4 tahun pada 2015.

Perang itu juga menyebabkan kerugian ekonomi bernilai AS$255 bilion.

A man sits amid debris after an apparently random air attack by forces loyal to Syria’s President Bashar al-Assad in Aleppo earlier this week.

Credit:

Hosam Katan/Reuters/HMetro

Ahmed Dabu hilang kaki dan tangan akibat serangan udara tentera Syria dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. - Foto EPA

Ahmed Dabu hilang kaki dan tangan akibat serangan udara tentera Syria dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. – Foto EPA

Sheima Tafiyye yang cedera akibat tembakan penembak hendap kehilangan kedua-dua matanya dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. - Foto EPA

Sheima Tafiyye yang cedera akibat tembakan penembak hendap kehilangan kedua-dua matanya dirawat di hospital pertubuhan kebajikan antarabangsa di Kilis, Turki. – Foto EPA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan