Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 400 Notis Dikeluarkan Dalam Ops Khas Motosikal Di Sabah

400 notis

PAPAR– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Sabah mengeluarkan sebanyak 432 notis dan 20 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Khas Motosikal sempena musim perayaan Aidilfitri yang dilaksanakan di seluruh negeri, Selasa.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Sabah Abdul Rahman Zakaria berkata ia hasil pemeriksaan terhadap 587 motosikal dan 1,718 kenderaan dalam operasi selama tujuh jam bermula 4 petang.

“Dalam operasi bersepadu itu, seramai 10 individu didapati positif dadah di Kudat, Keningau dan Kota Kinabalu, lima orang ditangkap di bawah Jabatan Imigresen manakala dua motosikal disita dan empat waran tangkap dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya di dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Abdul Rahman berkata operasi yang melibatkan 384 anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan itu memfokuskan pemandu bas ekspres dan penunggang motosikal.

Bercakap kepada pemberita semasa operasi di stesen penguatkuasa JPJ, Kimanis dekat sini malam tadi, beliau berkata JPJ akan memastikan lapan kesalahan utama yang sering dilakukan pengguna jalan raya dipatuhi iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu dilorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan tidak memakai topi keledar.

Abdul Rahman berkata tempoh operasi penguatkuasaan itu bermula sepanjang bulan ini hingga Ogos manakala tarikh larangan penggunaan kenderaan barangan berat ke kawasan bandar ialah tiga hari sebelum dan selepas hari raya.

Dalam pada itu, katanya statistik Ops penyamaran sebagai penumpang bas yang bermula dari tempoh Januari hingga Jun lalu menunjukkan sebanyak 64 kesalahan direkodkan pemandu bas ekspres.

Menurutnya, sempena musim perayaan ini, JPJ turut menjalankan operasi statik dengan memasang suar di setiap 30 kilometer di laluan utama negeri dan di semua stesen penguatkuasa.

Operasi bersepadu itu turut disertai Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Komen


Berita Berkaitan