Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 40 peratus aduan portal ‘ForTheRakyat’ berjaya diselesaikan

portalrakyat

KOTA KINABALU: Kira-kira 40 peratus daripada 273 aduan yang diterima Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO melalui portal ‘ForTheRakyat’ yang mula diakses sejak dua bulan lalu berjaya diselesaikan, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Aduan Komuniti pergerakan itu berkata, penyelesaian kes aduan paling pantas setakat ini mengambil masa dua minggu.

“Kewujudan portal komuniti itu adalah bagi memastikan rakyat Malaysia mencapai capaian alternatif kepada aduan-aduan yang ingin dikemukakan tidak kira mereka di mana, selagi mereka rakyat Malaysia, mereka boleh mengemukakan aduan ke dalam portal ini yang boleh dilayari 24 jam.

“Tindakan daripada portal ini adalah dengan jalinan kerjasama agensi-agensi kerajaan berkaitan dan berkepentingan. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Ia boleh dilayari melalui www.fortherakyat.com,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas memberi taklimat mengenai gerak kerja biro itu untuk kepimpinan Pemuda bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Pensiangan. 

Komen


Berita Berkaitan