Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEBIH 30,000 RAIHKAN HARI MALAYSIA KE-55 DI PADANG MERDEKA

Pertunjukan bunga api menjadi acara penutup Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka di sini disambut penuh meriah apabila dihadiri lebih daripada 30,000 orang pengunjung seluruh negara.

Dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’ bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara.

Melalui tema berkenaan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negara dengan penyertaan berbilang kaum.

Gabungan artis dan pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu yang menjayakan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Sambutan Hari Malaysia 2018 berkenaan bermula secara rasminya sebaik ketibaan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Dr Norlidah R.M. Jasni sejurus ketibaan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara pemotongan kek ulangtahun Hari Malaysia ke-55 disempurnakan oleh TYT Tun Juhar Mahiruddin bersama-sama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan wakil Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Acara seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku diiringi pancaragam dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) diikuti persembahan pembukaan ‘Selamat Datang’ berkonsepkan kepelbagaian etnik seluruh negara yang melibatkan lebih daripada 1,200 orang peserta.

Selepas, ucapan dan upacara pelancaran sambutan Hari Malaysia 2018 berkenaan, acara menandatangani Buku Catatan Hari Malaysia 2018 dijalankan yang mana turut disempurnakan oleh Mahathir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sebahagian orang ramai yang menyaksikan Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Program diteruskan dengan acara pemotongan Kek Hari Malaysia 2018 berlogokan Sayangi Malaysiaku oleh Juhar dan tetamu kehormat lain.

Sambutan disemarakkan lagi dengan perarakan masuk peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Jabatan Penerangan Sabah.

Sebahagian pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu turut menyerikan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Perarakan tersebut seterusnya menyerahkan Jalur Gemilang kepada Perdana Menteri yang kemudiannya menyerahkannya kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk upacara menaikkan Jalur Gemilang dengan iringan Lagu Negaraku oleh pancaragam PDRM.

Gabungan artis dan pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu yang menjayakan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Sambutan hari Malaysia 2018 kemudiannya diteruskan dengan persembahan khas Sayangi Malaysiaku yang mana terdapat tiga segmen persembahan istimewa bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ iaitu Malaysia Harmoni, Warna-warni Malaysia serta Malaysia Baharu.

Sebahagian orang ramai yang menyaksikan Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Dalam pada itu, persembahan berkenaan menampilkan kepelbagaian seni nyanyian dan tarian serta warna-warni budaya Malaysia yang menterjemahkan kesatuan, kemuafakatan dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama dalam satu nada dan satu irama.

Gabungan artis dan pelajar sekolah sekitar Kota Kinabalu yang menjayakan persembahan sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Pertunjukan bunga api mengakhiri sambutan.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan