Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 30,000 premis di Sandakan diperiksa KPDNKK

 

Fredeck (dua dari kiri) memerika tanda harga di salah sebuah gerai di Pasar Umum Sandakan.
Fredeck (dua dari kiri) memerika tanda harga di salah sebuah gerai di Pasar Umum Sandakan.

SANDAKAN-Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sandakan telah memeriksa lebih 30,000 premis tetap dan gerai di sekitar daerah ini bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Berdasarkan hasil pemeriksaan dijalankan, sebanyak 121 tindakan kes telah direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan seperti penandaan harga, alat timbang, barang tiruan dan harga mengelirukan.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sabah, Fredeck Kantod berkata, operasi yang dijalankan secara berterusan itu melibatkan pegawai penguatkuasa KPDNKK dari pelbagai cawangan termasuk Ibupejabat Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau. Lahad Datu, Semporna, Keningau, Beaufort, Tuaran dan Kudat.

Katanya, ia bertujuan memastikan peniaga mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan KPDNKK dan secara tidak langsung dapat menerapkan peniaga beretika agar pengguna dapat dilindungi.

Operasi yang diadakan di beberapa pasar dan premis di Sandakan pada Selasa telah menghasilkan sebanyak 16 kes dengan nilai kompaun RM1,700. Kesalahan direkodkan termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (11 kes), Akta Timbang dan Sukat 1972 (2 kes) dan Akta Perihal Dagangan 2011 (3 kes).- AA/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan