Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 30,000 dijangka meriahkan Program Jelajah Pendidikan Tinggi Luar Bandar

Sapawi Ahmad (tengah) bersama ahli IKSNITA yang melakukan kunjungan hormat ke atas Yayasan Sabah. - foto Monica Gidong
Sapawi Ahmad (tengah) bersama ahli IKSNITA yang melakukan kunjungan hormat ke atas Yayasan Sabah. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Lebih 30,000 pengunjung bakal memeriahkan Program Jelajah Pendidikan Tinggi Luar Bandar Peringkat Negeri Sabah 2015, yang akan diadakan bermula hujung bulan ini sehingga April depan.

Disertai sebanyak 30 institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S), program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA) bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di kawasan luar bandar tentang maklumat terkini dan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Presidenya, Dayang Khatijah Datu Bachtyal berkata, setiap institut pendidikan akan mempromosikan tawaran pendaftaran percuma bagi pengunjung yang datang ke pameran itu yang diadakan selama dua hari di setiap daerah terpilih, bermula pada penghujung bulan ini.

“Daerah yang terlibat dalam program ini ialah Papar, Beaufort, Kuala Penyu, Sipitang, Nabawan, Tenom, Keningau, Tambunan, Tuaran dan Kota Belud. Sepanjang program itu juga, beberapa aktiviti akan diadakan termasuk pertandingan mencipta slogan, seminar peningkatan diri,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Khatijah berkata, kunjungan itu bertujuan memohon sokongan dan kerjasama Yayasan Sabah bagi menjayakan program itu agar dapat menarik minat para pelajar luar bandar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan