Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

LEBIH 3,000 ORANG SERTAI LARIAN PISOMPURUAN EDISI KE-3

Lebih 3,000 peserta Larian Pisompuruan di garis permulaan larian di Kompleks Sukan Likas petang tadi.Gambar SNT/Ehsan Penganjur Larian Pisompuruan

UNTUK PERPADUAN … Larian Pisompuruan (perpaduan) edisi ke-3 anjuran Upko sempena Hari Malaysia 2018 berjalan dengan lancar hari ini.

Lebih 3,000 orang menyertai larian yang dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada jam 4 petang.

Tangau yang juga pemangku presiden Upko serta pemimpin parti lain turut serta dalam larian tersebut.

Menurut beliau, penganjuran larian Pisompuruan adalah sebagai salah satu cara bagi Upko untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.-SabahNewsToday

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau bersama isteri, Datin Seri Jainah Sintian dan peserta termasuk pemimpin Upko sebelum larian bermula. Gambar SNT/Ehsan Penganjur Larian Pisompuruan

Komen


Berita Berkaitan