Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Lebih 300 sertai gotong-royong perdana

 

Supt Peter Umbuas (kanan) bergotong-royong membersihkan belakang IPD Semporna sempena program gotong-royong perdana peringkat daerah Semporna.
Supt Peter Umbuas (kanan) bergotong-royong membersihkan belakang IPD Semporna sempena program gotong-royong perdana peringkat daerah Semporna.

SEMPORNA: Seramai 318 orang terdiri daripada kakitangan dan anggota pelbagai jabatan dan agensi menyertai gotong-royong perdana peringkat daerah sempena program community policing Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas berkata program itu diadakan sebagai persiapan sempena lawatan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman ke daerah itu pada 29 November depan.

“Selain itu, kita juga mahu memupuk kerjasama di antara jabatan-jabatan di daerah ini serta untuk menjaga kebersihan daerah, selain menjaga kediaman IPD,” katanya sambil menambah kawasan terlibat adalah Jalan Seri Melor, di belakang IPD Semporna.

Sebanyak 16 jabatan dan agensi terlibat di dalam program itu yang bermula jam 7 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari.

Hadir sama, Pegawai Daerah Semporna Dr. Chacho Bullah, Pegawai Pembangunan Masyarakat N.54 Bugaya Ab Suhud Jaani dan angota serta para pegawai kanan polis Semporna.-Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan